Friday, September 25, 2015

Guru Inovasi?

Assalamualaikum : )

Cerita pasal inovasi pula. Saya pernah menjadi hakim jemputan di Kolej Vokasional Shah Alam untuk Pertandingan Inovasi Pdp dan saya juga ada sedikit pengalaman dalam pertandingan KIK di peringkat Kebangsaan sebagai presenter. Saya turut menjadi juri Pembentangan PBE (Project Based Education) peringkat Kolej. Jadi apabila diberi peluang menjadi guru pembimbing dari segi teknikal untuk Pasukan Inovasi Produk Pelajar, saya tak lepaskan peluang.

Pertandingan dijalankan pada 15 September 2015...orang lain cuti jerebu, kami teruskan perjuangan sebab pertandingan diadakan di dalam dewan. Okay...venue pertandingan adalah di SMT Kuala Lumpur.

Kami mempertaruhkan SMART BL (SMART BRICKLAYING) yng menumpukan kepada konsep DIY. Boleh ikat bata sendiri walau takde kemahiran.

Kumpulan ni terdiri dari pelajar Diploma Kimpalan Teknologi Kimpalan dan Diploma Teknologi Binaan Bangunan. Alat dibuat sepenuhnya oleh pelajar kimpalan.

Mereka adalah pembentang pertama dan hasilnya...mereka menang tempat ke3. Well done boys!!!

Me, Cikgu Rosli and the boys..Pravind, Hakim, Hamidi and Alif



Barisan peserta dari KV Klang bersama Pengarah, En Supian




Hari Kitar Semula Kolej Vokasional Klang

Assalamualaikum :).

Saya memang sukakan sesuatu yang kreatif. Jadi bila ada Pertandingan Kreatif di Kolej saya tak ketinggalan untuk masuk bertanding. 

Selaku Guru Penasihat Pasukan Kor Kadet Polis saya "paksa" budak2 ni masuk bertanding. Bahan dan apa yang perlu dibuat semua saya sediakan.

Pertandingan diadakan pada 9 September 2015 di Dewan Bestari sempena Hari Kitar Semula. Hasilnya, kami menang Johan, Naib Johan dan saguhati.....tersenyum lebar saya. Puashati :) :) :)

Barisan pemenang
Johan...beg dari jeans
Naib Johan...lampu dari cawan plastik
Saguhati...tin air dipotong jadi hiasan utk cermin

Plak yang dimenangi 



Sebelum diadili...menanti juri




Wednesday, August 19, 2015

#SEHATI SEJIWA

Baju Bendera permintaan Aliff...kali kedua saya menjahit baju menggunakan bendera Malaysia. Untuk menghasilkan baju ni saya menggunakan 2 keping bendera bersaiz besar untuk baju dan 'cape' dan 2 keping lagi bersaiz kecil untuk seluar. Dengan skills menjahit yang ada dan melalui pemerhatian dapat saya siapkan baju ni dari jam 9-12 malam.

Finished project. I called him Mr Malaysia but all his friends called him Captain Malaysia.  He is so patriotic...so proud of him. Love you my Mr Malaysia.

Thursday, August 13, 2015

Kompilasi 2015



 Fat bottom bag saya yang baru siap 13/8/ 2015. Pattern di http://www.acreativebeing.com/2015/05/20/free-pattern-parisian-chique-fat-bottom-bag/


Kopiah untuk Lebaran


Beg ni kenangan program bantuan kemanusiaan  ke KV Puteri Temerloh ...kait sepanjang perjalanan pergi dan balik dalam bas